Kenali Herba





Nama Saintifik

Cymbopogon nardus

Family

Poaceae

Nama Tempatan

Serai wangi, citronella, nard grass

Keterangan

Cymbopogon nardus ialah tumbuhan saka, sejenis rumput yang beraroma dengan pelbagai kulma menegak terbentuk daripada rizom sedikit bercabang, berbentuk cincin, pendek, serong. Daun adalah berlapis, licin, dan berjalur.

Kegunaan

Minyak pati daripada serai wangi secara tradisional digunakan sebagai penghalau nyamuk, penyembur rumah, sabun dan kosmetik (Nakahara et al. 2003).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)